cekdibeh16
4 tahun
Keputihan bercampur darah dan menjadi coklet
saya wanita berumur 22tahun , sudah berkahwin 4bulan. Saya ingin bertanya mengenai keputihan yang baru sya alami selama satu hari , pada waktu pagi jam9 pagi semasa membuang air kecil didapati ada keputihan jernih bercampur darah pada jam 3ptg keputihat bertuka kepada coklet pekat bercampur darah , pada 6ptg keputihan bertukar kepada coklet cair sedikit daripada jam 3ptg dan pada jam 9mlm bertukar kepada coklet muda , dah esoknya masih coklet muda , tidak berbau dah terasa gatal sedikit di kemaluan. ia terjadi satu hari selepas saya bersama suami. adakah ianya normal atau tidak ? first time berlaku
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputihan coklat yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
MUntuk mengatasi masalah-masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.