
Sulit
3 tahun
Keputihan berdarah sejak 3hari yang lalu
Sy nak tnya, sy mempunyai mslh keputihan berwarna hijau, tetapi tk mengalami sebarang gatal cuma sy mengalami sakit d kwsn bawah perut. Dan sejak 3hari yg lalu keputihan itu ada terdapat sedikit tompokan darah. Sblm ini sy sdh membuat ujian papsmear dn mereka kata semuanya baik² saja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kegusaran anda mengenai masalah keputihan berwarna hijau yang dialami oleh anda. Namun anda tidak perlu risau kerana kami akan membantu anda. Keputihan merupakan cecair yang normal dan ia merupakan sebahagian daripada fisiologi seorang wanita. Tetapi keputihan yang berwarna hijau, berdarah atau berbau adalah tidak normal dan boleh disebabkan oleh beberapa faktor, seperti:
- Bacterial vaginosis
- Vaginitis
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases) seperti gonorea atau sifilis
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Antara gejala lain boleh dikaitkan dengan masalah keputihan yang anda alami termasuklah:
- Sakit perut atau kawasan ari-ari
- Demam
- Kerap membuang air kecil
- Kencing berdarah atau/dan bernanah
- Cecair berbau busuk keluar daripada faraj
- Pening atau sakit kepala
- Loya dan muntah
- Lesu dan lemah badan
Gejala ini memerlukan perhatian dan memerlukan rawatan segera. Oleh itu kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut. Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.