
Anonymous
6 tahun
Keputihan berlebihan
Salam sejahtera. Saya baru berkawin. dan saya sedang mengalami keputihan berwarna putih susu dan tidak melekit. Sebelum ini saya bersama dengan suami tetapi tidak melakukan seks, sekadar bantu suami mengeluarkan sperma, kemudian saya pergi ke tandas untuk mandi. adakah saya berpeluang mengandung juga kerana mungkin saya mencuci kemaluan saya dengan lebihan air mani yang ada. saya telah membuat upt selama 4minggu berturut, keputusan yang saya dapat adalah negatif. dan sekarang saya mengalami pendarahan selama 4hari sahaja, adakah pendarahan tersebut tanda hamil atau tanda saya period?

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Keputihan adalah sesuatu yang normal berlaku kepada semua wanita. Keputihan biasanya berwarna putih, sedikit dan tidak berbau. Sekiranya ia berbau, terlalu banyak atau berwarna lain seperti kehijauan atau kelabu, ia menunjukkan anda mungkin terkena jangkitan. Oleh itu, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum saya membuat kesimpulan tentang masalah yanga anda hidapi.
Mengenai ujian upt yang anda lakukan. Ujian upt akan menunjukkan tanda positif sekiranya anda hamil dalam lingkungan 2-3 minggu selepas persenyawaan sperma dan ovum.
Pendarahan akibat kehamilan yang berlaku selalunya dipanggil spotting dan berlaku akibat darah dari dinding rahim yang mengalir apabila sperma dan ovum yang telah bersenyawa melekat pada dinding rahim.
Untuk mendapatkan kepastian mengenai masalah anda, sila rujuk kepada doktor. Anda boleh klik link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Harap membantu. Terima kasih.