
Sulit
4 tahun
Keputihan berwarna coklat dan sedikit darah padanya
Saya berumur 19 tahun.Kebiasaannya selepas haid, saya memang akan mengalami keputihan berwarna coklat untuk beberapa hari sahaja tetapi lately ni walaupun saya dah habis haid 2 minggu lepas, saya tiba tiba mengalami keputihan berwarna coklat serta darah sedikit padanya tetapi saya tidak terasa sakit di bahagian ari ari ataupun di mana mana bahagian badan saya.Apa maksudnya ni?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala lendiran berwarna coklat yang dialami beberapa hari setelah mentsruasi boleh dikaitkan dengan tanda-tanda gangguan kitaran haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca keluarnya cecair coklat dari faraj. Antaranya termasuk:
- Ovulasi
- Perimenopaus
- Kehamilan
- Tisu endometrium
Malahan ia juga boleh disebabkan oleh
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah kesihatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.