
Anonymous
5 tahun
Keputihan berwarna kuning 3rd trimester
Saya wanita berumur 27tahun. Mengandungkan anak kedua.
Baru-baru ni keputihan saya bertukar warna kuning, tidak berbau cuma gatal di celah pelipat peha sahaja.
Soalan sy, adakah sy akan sembuh dari keputihan ini dan adakah ia berbahaya pada kandungan saya. Sekarang sy 32weeks.
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keputihan sewaktu hamil muncul akibat perubahan dalam keseimbangan yis dan bakteria yang biasanya hidup di dalam vagina sehingga menyebabkan lapisan vagina menjadi radang. Antara penyebab terjadi masalah ini adalah seperti berikut:
- Penggunaan antibiotik
- Perubahan hormon disebabkan oleh kehamilan, penyusuan badan, atau menopaus
- Vaginal douching yaitu amalan mencuci vagina dengan memasukkan air
- Spermisida
- Hubungan seksual
- Jangkitan
Sebaiknya anda mendapatkan pemeriksaan doktor agar dapat ditatalaksana dengan baik sebelum keadaan memburuk. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.