
Sulit
5 tahun
Keputihan cair ketika mengandung
saya sedang mengandung 37 minggu 4 hari… kebelakangan ni saya dapat masalah keputihan yang sangat cair warnany agak kekuningan dan ada rasa gatal. keadaan ni buat saya rasa kurang selesa hingga perlu kerap menukar seluar dalam kerana sering basah… soalan saya adakah itu tanda persalinan sudah dekat atau itu adalah tanda penyakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputihan ketika hamil yang dialami boleh disebabkan oleh beberapa keadaan seperti:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin
Bagi mengurangkan masalah yang dihadapi anda, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Merujuk kepada kemungkinan waktu melahirkan sudah mendekati hal ini adalah sukar untuk ditentukan berdasarkan keterangan anda sahaja. Kenalpasti tanda-tanda awal melahirkan seperti berikut:
- Sensasi dan kontraksi semakin bertambah
- Terdapat pembukaan rahim
- Keluar darah dan lendir
- AIr ketuban pecah
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.