Sulit
3 tahun
Keputihan campuran darah sikit
Saya wanita berumur 26 tahun telahpun kahwin 3 tahun yg lalu. Saya sentiasa mengalami keputihan selepas period habis dlm hari ke 8 selepas period berhenti. Saya tidak menpunyai masalah kesakitan ketika atau bersama dengan suami tetapi saya turut mempunyai masalah ini. Tetapi saya tidak mencukupi rehat kerana saya bekerja dan juga buat business dan pembelajaran secara sambilan. Saya telahpun memeriksa pam smear. Ovary semua sihat tapi saya ada masih masalah ini. Saya amat takut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah keputihan boleh disebabkan oleh pelbagai penjelasan, antaranya ialah:
- jangkitan bakteria, parasit, dan yis
- ketidak seimbangan hormon
- gaya hidup yang tidak sihat
- masalah kesihatan
Kaedah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keputihan.
- Sentiasa menjaga kebersihan faraj dan elakkan bahan cucian yang menganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan daripada melakukan seks rambang tanpa perlindungan
- Elakkan pengambilan ubat ataupun antibiotik secara berpanjangan tanpa pengawasan doktor.
- Sentiasa menukar tuala wanita ketika datang haid
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih