Sulit
6 tahun
Keputihan dan keluar darah setelah berhubungan
sebelum ini saya ada berjumpa doktor tentang masalah yang saya alami.
1: iaitu keputihan yang berpanjangan dan kadang terasa gatal/luka/berbau. doktor ada memberi saya ubat pessary 2 jenis yang di gunakan pagi dan malam. saya juga diberikan ubat antibiotic untuk 7 hari. dan sekarang keputihan itu tidak gatal/luka/berbau, tetapi hanya bewarna kekuningan sahaja, tanpa bau dan luka. adakah keputihan yang saya hadapi sekarang adalah normal?
2: saya juga ada memberitahu doktor mengenai postcoital bleeding. ini sering terjadi setelah saya berhubungan intim bersama suami. setiap berhubungan dengan suami, akan ada keluar darah dengan jumlah sedikit tapi saya tidak merasa sakit. apa kah penyebab darah keluar setelah berhubungan ini? dan jika saya mengkonsultasikan dengan doktor adakah rawatan koloskopi dan biopsi akan dilakukan kepada saya? kerana saya sudah menjalani papsmear 2 kali pada tahun ini dan diambil sample swab dua kali di tahun ini.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan dan soalan yang anda berikan:
- Keputihan yang anda alami boleh disebabkan keputihan dari sisa penyembuhan dari keputihan sebelumnya
- Masalah pendarahan selepas hubungan kelamin bersama suami anda pula boleh disebabkan:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion (luka pada serviks)
Sekiranya masalah-masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































