Sulit
4 tahun
Keputihan dan ketulan faraj
Sy wanita berumur 26 tahun, sy banyak melakukan aktiviti² lasak dan mengangkat berat. Sejak akhir² ini sy mengalami keputihan yang teruk dan sy perasan semasa mencangkung terdapat ketulan pada faraj. Sy juga sering sakit pada pinggang. Apakah tanda penyakit saya doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai sebab keputihan, antaranya:
- Jangkitan kulat
- Jangkitan penyakit kelamin
- Radang faraj
- Alahan terhadap produk pencuci
- Vaginosis bakteria
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.