
Sulit
3 tahun
Keputihan di vigina yg sangat teruk dan berbau berlendir
Saya berusia 20 tahun . Saya mengalami keputihan sejak saya berusia 13 tahun. Keputihan sy jenis yang berbau dan berwarna kuning dan putih yang sangat pekatt . Kadangkala mengeluarkan bauuu yg sangat hamis . Jika tidak memakai paintiliner . Akan melekat pada bahagian seluar yang sngt banyak dan berlendir . Apakah masalah keputihan sy mengundang risiko mandul atau sebagainya ? Apakah ada cara yang sepatutnya agar keputihan sy normal seperti biasa ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, masalah lendiran putih yang pekat mahupun berair dan berbau boleh disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Keputihan fisiologi (yang mana adalah normal)
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Rawatan atau ubat memerlukan diagnosis dan konsultasi doktor, namun buat sementara waktu kami sarankan anda untuk :
- amalkan cuci alat kelamin dari depan kebelakang (untuk mengelakkan dari jangkitan ke saluran kencing)
- amalkan hubungan kelamin yang selamat seperti penggunaan kondom (untuk mengelakkan dari jangkitan ke pasangan)
- amalkan pemakanan probiotik seperti yougurt, susu kultur dan suplemen
- memakai pakaian dalam dari bahan kapas (baca: cotton undergarments )
- berhenti mengamalkan vaginal douching (kerana ia menggangu persekitaran semula jadi di kawasan kelamin anda)
Sekiranya gejala bertambah teruk atau anda sangat tidak selesa, di sarankan untuk berjumpa dengan doktor secepatnya.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah