
Anonymous
6 tahun
Keputihan & gatal di miss v
Assalammualaikum saya emak kepada 4 org …saya mengalami keputihan semenjak kelahiran anak yg pertama…saya dah cuba pelbagai ubat dan pencuci miss tp still ade keputihan & kegatalan…ape yg sesuai untuk mengatasi masalah yg saya hadapi

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, terdapat pelbagai punca keputihan pada wanita. Kebanyak keputihan adalah normal dan dipanggil keputihan fisiologi. Ini biasanya terjadi ketika ovulasi, sebelum dan selepas haid.
Keputihan yang terlalu banyak dan berbau atau berwarna lain biasanya adalah tidak normal dan boleh berpunca daripada:
- Jangkitan kelamin
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan yis (kandidiasis)
- Radang faraj
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan terjadinya masalah di atas kerana menggangu persekitaran faraj seperti kerap menggunakan pencuci faraj terutamanya yang mengandungi banyak pewangi dan kandungan bahan kimia yang merengsakan kulit.
Oleh itu, puan dinasihatkan untuk tidak mengamalkan tabiat mencuci dengan pewangi faraj ini kerana ia merupakan salah satu faktor masalah keputihan dan kegatalan yang anda hidapi. Selain itu, cuba gunakan pakaian dalam yang diperbuat daripada kain kapas serta elakkan pakaian dalam yang ketat. Ganti pakaian dalam dengan kerap terutamanya selepas berpeluh dan basah.
Sila rujuk kepada doktor dengan segera sekiranya anda masih mengalami keputihan dan kegatalan tersebut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!