aeisyahjamaludin
4 tahun
Keputihan ketika mengandung
Doktor, saya sedang mengandung dan mengalami keputihan. Doktor di sebuah klinik telah memberikan ubat pesari kepada saya untuk dimasukkan ke dalam kemaluan. Setelah saya masukkan ubat tersebut, saya dapati keputihan saya masih ada tetapi berkurangan daripada sebelumnya. Adakah saya perlu mendapatkan ubat pesari lagi ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, keputihan terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Seperti yang diketahui, pesari adalah merupakan sejenis ubat yang dimasukkan ke dalam faraj untuk merawat jangkitan. Bagi kondisi wanita yang sedang hamil, sebaiknya anda menjalani perawatan sehingga selesai dan disahkan sembuh oleh doktor anda. Hal ini kerana, sepanjang hamil, seseorang wanita itu dapat dianggap mempunyai sistem imun yang rendah sehingga dikhuatiri jika dibiarkan, akan memberikan efek yang buruk terhadap anda dan terutamanya bayi anda.
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor lagi dan bincangkan tentang kondisi ini. Antara yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini adalah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.