Sulit
3 tahun
Keputihan sedikit berdarah pada vagine
2 hari lalu keputihan saya ada sedikit darah , tidak sakit pada area vagine , selepas 2 hari tu keputihan saya menjadi normal , sebelum ini saya check vagine saya ada sedikit merah , saya cuci vagine saya dengan feminine macam biasa , merah tu mula hilang , mungkin saya ada buat kerja berat seperti angkat kotak kotak yanh boleh menyebabkan luka kat vagine saya . Adakah vagine saya akan baik seperti biasa ? Atau kena jaga permakanan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah keputihan yang anda hadapi.Untuk makluman anda, keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologik dan keputihan patologik.
Keputihan fisiologik ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Ciri-ciri keputihan fisiologik ialah:
- Lendir yang cair dan tidak melekat
- Berwarna putih atau krim
- Tiada bau
- Jumlah yang sedikit
- Hanya semasa subur dan sebelum haid
- Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Keputihan patologik dicirikan:
- Lendir yang kental dan melekat
- Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
- Berbau busuk
- Jumlah yang banyak
- Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Berikut merupakan beberapa penyakit yang berkait dengan keputihan patologik:
- Jangkitan kuman atau STI ( sexual transmitted infections ) pada faraj wanita
- Jangkitan kulat
- Jangkitan HPV
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh menyebabkan keputihan tebal, dan menyebabkan mudah untuk mendapat jangkitan kulat
- Keradangan pada vagina, serviks atau rahim
- Penyakit keradangan pada ruangan pelvis (PID) yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.