iffakamalludin19
6 tahun
Keputihan selepas bersama dengan suami
Saya nak tanya doc, selepas bersama dgn suami ketika saya sudah mencapai eraksi, ada keputihan seperti tekstur bedak bercampur air keluar dari vagina. Adakah ianya normal Dan tidak berbahaya? Untuk menghilangkan rasa tidak selesa itu, ada ubat yg boleh merawat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cairan putih yang keluar selepas berhubungan boleh jadi adalah satu reaksi tubuh yang normal akibat daripada rangsangan seksual.
Bagaimanapun, sekiranya keputihan berlanjut, banyak, berubah warna serta mengeluarkan bau yang tidak enak, dikhuatiri ia adalah disebabkan jangkitan. Maka, anda disarankan untuk menghubungi doktor dan merujuk masalah yang anda hadapi agar dapat dikenalpasti sifat keputihan yang sebenar. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































