
Anonymous
5 tahun
Keputihan yang banyak tidak berhenti
Saya berusia 38 tahun dan telah berkahwin selama 6 tahun, belum mempunyai anak.Tidak mengambil sebarang ubat pencegahan kehamilan atau hormon buat masa ini.
Sebelum ini saya hanya mengalami keputihan biasa di antara sebelum dan selepas haid.Juga pernah menghidapi UTI beberapa kali tapi tidak selalu.
2 minggu lepas saya berasa gatal di alat sulit dan mengalami keputihan yang amat teruk, lendir keputihan terlalu banyak tapi tidak berbau dan bila cuba di bersihkan ia berterusan keluar dan juga berasa tidak selesa bila pakaian dalam juga kerana sentiasa dipenuhi keputihan tersebut.
Saya telah di sarankan membuat ujian Pap Smear, doktor mendapati keputihan amat banyak di pangkal rahim saya.Keputusan ujian menunjukkan saya di jangkiti kulat.Dan doktor tersebut ada menerangkan saya di jangkiti melalui hubungan kelamin.
Soalannya ialah, boleh kah lelaki menjadi pembawa jangkitan tersebut dan memindahkan jangkitan kepada saya melalui hubungan kelamin.
Dan bagaimana lelaki tersebut mendapat jangkitan tersebut, adakah dengan berhubungan dengan pasangan yang ada jangkitan kulat tersebut atau alat sulit lelaki itu sendiri dapat develop kulat tersebut?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penyebab paling banyak jangkitan kulat di daerah reproduksi wanita adalah oleh kulat Candidiasis sp. Pada wanita normal, kulat ini hidup di daerah kewanitaan dalam bilangan yang seimbang dengan bakteria sihat lain. Apabila terjadi ketidakseimbangan, pertumbuhan kulat ini boleh menimbulkan masalah seperti keputihan. Antara faktor risiko yang menyebabkan ketidakseimbangan ini adalah:
- Hamil
- Menggunakan kontraseptif hormon (sebagai contoh, pil kawalan kelahiran)
- Mempunyai diabetes
- Mempunyai sistem imun yang lemah (contohnya, disebabkan jangkitan HIV atau ubat-ubatan yang melemahkan sistem imun, seperti steroid dan kemoterapi)
- Mengambil antibiotik dalam jangka masa terdekat yang lama
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.