
eimanemirwna
5 tahun
Keradangan alat kemaluan dan kencing keluar air mani
Saya lelaki berumur 18 tahun,saya kadang kadang sakit pada kemaluan seperti keradangan dan kerap kencing…dan ada kalanya keluar air mani…apa penyebabnya? Adakah normal atau sebaliknya? Mohon penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sebaiknya anda jelaskan secara spesifik lokasi rasa sakit serta apakah yang dimaksudkan dengan kencing keluar air mani; adakah kencing bernanah?
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.