Sulit
5 tahun
Keraguan berkaitan proses kuarantin atau keperluan ujian saringan Covid 19
Saya telah mengunjungi KL Sentral pada 27 Feb 2020 yang lalu . Saya hanya transit dari stesen monorel ke KTM dan mengambil masa berjalan kaki selama 5 minit sahaja. Saya tidak menyentuh mana2 permukaan kecuali panel tiket TnG sahaja. Saya memakai mask sepanjang perjalanan saya dari monorel ke KTM station. Namun begitu, saya terbaca berkenaan proses sanitastion di KL Sentral melibatkan positif Covid 19. pertanyaan saya, adakah perlu saya mengkuaratinkan diri saya atau membuat ujian Covid 19? Utk pengetahuan Dr. saya mengalami gejala selesema sejak minggu lepas. Saya tidak mengambil ubat selesema atau apa2 ubatan yang berkaitan dan hanya mengamalkan Vitamin C dan sapuan vicks sahaja
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sila klik pada link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut coronavirus di sini:
- Kuiz menilai risiko (Nilai Risiko COVID-19).
- Rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal)
- Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Mendengar pada keterangan yang anda berikan, masalah selesema boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
- jangkitan virus
- jangkitan kuman
- alahan rhinitis
- radang sinus
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































