
Sulit
5 tahun
Kerap batuk dan bersin
Saya sudah 1minggu lebih batuk ringan dan bersin…purata 1 hari 2 atau 3 kali akan batuk&bersin…tapi masalah sekarang ni …1 keluarga saya ada menunjukkan gejala yang sama…adakah ini juga tanda2 jangkitan covid19??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat Sejahtera
Terima kasih di atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda berkait rapat dengan wabak COVID-19.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Oleh kerana anda mengalami simptom batuk, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain COVID-19, terdapat masalh kesihatan yang lain yang boleh membawa simptom yang sama seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus yan lain- Boleh menjangkiti orang lain juga
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda boleh berjumpa doktor berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sekiranya anda berisiko rendah untuk jangkitan COVID-19 setelah melakukan kuiz di atas.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini