arizae15
4 tahun
Kerap batuk pada rahang salur pernafasan
doktor saya ingin bertanya saya wanita dalam lingkungan 25 tahun. sejak kebelakangaan ini sy sering susah untuk sedawa apabila mengalami batuk dan menyebabkan kahak warna putih keluar serta loya-loya. boleh doktor jelaskan sakit yang saya alami ini
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berkahak anda boleh disebabkan:
- Jangkita saluran udara
- Asma
- Keradangan saluran udara - akibat asap
- Alahan pada debu atau makanan
- Hingus yang masuk kesaluran udara - menyebabkan refleks badan untuk mengeluarkannya
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.