Sulit
5 tahun
Kerap bengkak seperti bisul dibahagian virgin
Saya lia berumur 29 tahun . Pada tahun 2019/april saya mrnjalani operation kecil iaitu bisul di bahahian kelengkang kanan … Sejak itu ,kerap terjadi benjulan/bengkak dibahagian virgin aaya .Sy sudah berjumpa doktor result darah kencing manis is normal … Baru baru ni bulan 10/2020 sy mnjalani operation jugak ,sama bengkak seperti bisul tetapi setelah dirawat di hospital ,discan dan doktor kta itu ialah cyst (bahahian shoulder kanan )… Tapi yang saya risau kan ,kenapa bengkak tu kerap ada dlm sebulan mesti akan ada … Kadang selepas saya bersama suami ,sedang period ,atau selepas period …risau saya fikiran …sya harap doktor dpat menjelaskan problem saya ni .tqsm doktor .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu bengkak pada kemaluan. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan seksual - leher rahim terbuka dan membuka ruang untuk bakteria masuk dan membiak.
- Jangkitan kulat faraj
- Infeksi pada dinding faraj- Lapisan dinding rahim akan gugur bersama darah haid, membiakkan kuman dan bakteria yang boleh mendatangkan jangkitan saluran kencing.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
































