
Sulit
4 tahun
Kerap ingin sendawa tetapi Sukar
Sejak 2 minggu yang lalu saya hadapi masalah ingin sendawa yg kerap dan tak lepas. Saya ada mengambil ubat kuat candy B, tp ambil separuh sahaja (kerat 2). Saya rasa sukar juga ingin menelan bila ada masalah ini kerana akan rasa pedih dikerongkong dan dada.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah sendawa.
Untuk makluman anda, sendawa boleh terjadi apabila badan cuba untuk mengeluarkan gas. Sekiranya gas tidak dikeluarkan, ia akan menyebabkan kembung perut berlaku. Antara sebab sendawa adalah :
- makan makanan dan minuman yang tertentu seperti kekacang dan minuman berkarbonat
- kesan pengambilan ubat seperti ubat cair darah, ubat tahan sakit.
- penyakit refluks (GERD)
- penyakit keradangan perut (gastritis)
- penyakit celiac iaitu pesakit tiada toleransi kepada makanan gluten tinggi
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Terdapat beberapa cara yang anda boleh cuba untuk merawat sendawa :
- elakkan makan dan minum secara terburu buru
- kurangkan merokok sekiranya anda perokok
- elakkan minuman berkarbonat
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.