
Sulit
5 tahun
Kerap keluar darah semasa melakukan hubungan seks
Saya wanita berumur 41 tahun, masalahnya skrg perkara ini berlaku 2 bulan kebelakangan ini di mana bila melakukan hubungan intim bersama suami akan keluar darah. walaupun seminggu darah haid habis. rasa pelik jugak, sebab sebelum ini perkara ini tidak pernah terjadi selepas saya melakukan urutan badan.
Mohon doktor berikan penerangan lebih lanjut. saya juga ada melakukan test sendiri utk check tahap vagina, di situ mengatakan masalah serius berkatan vagina. boleh dr bagi cadangan dan apa yang perlu saya buat.
terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.