
Sulit
4 tahun
Kerap kencing tapi tidak sakit cuma mengganggu tidur dan waktu kerja
Saya umur 24 saya ade ajukan soalan sebelum nie tapi masih menunggu jawapan . Saya perasan saya kerap kencing tapi tidak sakit dan x selesa . Cume malam saya kerap kencing . Adakah sebab petang dan pagi saya bnyak minom . Tapi waktu pagi dan petang saya selalu buang air selepas minom . Sata minom lebih 2L

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kerap kencing yang anda hadapi. Memandangkan anda sering mengalami masalah ini pada waktu malam, anda dinasihatkan untuk mengurangkan jumlah pengambilan air dalam waktu dua jam sebelum tidur bagi mengurangkan masalah ini. Bagaimanapun, untuk makluman anda, kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif ( Overactive Bladder )
- Kesan strok
Sebenarnya, keluhan kerap kencing itu adalah agak subjektif. Maklumat lanjut seperti rekod kuantiti dan jenis minuman, serta jam-jam kekerapan anda buang air kecil serta kuantiti air kencing agar dapat membantu doktor anda dalam mendiagnosis penyakit. Berkenaan dengan keterangan anda meminum air melebihi 2 liter, nasihat saya, anda disarankan untuk tidak meminum air melebihi 2 liter sehari bagi mengelakkan komplikasi seperti ketidakseimbangan elektrolit dan hiponatremia.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.Sekiranya anda menghadapi masalah ini secara berterusan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih