
Sulit
5 tahun
Kerap mengalami mimpi basah
Saya seorang lelaki bujang berusia 22 tahun. Sejak kebelakangan ini, saya sering mengalami mimpi basah apabila saya tidur selepas waktu subuh. Boleh dikatakan selang 3 minggu sekali saya akan mengalami mimpi basah. Adakah ini normal?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, adalah normal untuk lelaki yang sudah akil baligh untuk mengalami mimpi basah dan kekerapannya adalah mengikut hormon.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.