
Sulit
4 tahun
Kerap mual dan berasa tak selesa di perut serta kerap pening
Saya wanita umur 24 tahun . Anak saya lahir 23/2/2019 dan period yang pertama bulan April 2019 . Seterusnya saya tak datang period sehingga november 2019 . Mungkin sebab saya makan pil perancang ( hanya 2 bulan sahaj makan itupon banyak skip ) Dec 2019 tarikh period 25-30 . Januari 2020 saya tak period . Feb 2020 8-12 . March 2020 7-13 . April 2020 12-18 May 2020 13-19 Jun tidak period July 2020 16-19 August tak period September 2020 17-22 october tak period November 13-18 . Masa mengandung saya kerap sembelit . Sehingga lah sekarang . Susah membuang . Sekarang saya kerap mual2 dan kadang rasa tak selesa di perut . Saya kerja sering guna kan handphone . Adekah effect cahaya buat saya mual . Tapi saya pelik sebab berpanjangan . Atau sebab saya sering minum teh hijau ? . Saya pernah cek pregnant test . Always negative or x keluar ape2 . Pernah cek doktor . Tapi dia cakap angin . Adakah perlu saya buat rawatan menyeluruh . Saya selalu x sedap perut berserta mual dan pening . Lagi2 selepas period

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu berasa tidak selesa pada perut beserta mual dan pening. Untuk makluman anda, secara amnya, terdapat beberapa penyebab kepada masalah ini. Antaranya ialah:
- Masalah ketidakhadaman
- Gastritis
- GERD (Acid Refluk)
- Ulser Perut
- Masalah berkaitan pankreas
- Cholecystitis (Keradangan di hempedu)
- Jangkitan buah pinggang
- Stres/ tekanan emosi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.