
Sulit
5 tahun
Kerap rasa kencing sejak kecil
selamat sejahtera doktor. saya berumur 16 tahun dan sejak kecil saya pernah minum air sebotol besar dan sejak itu saya mula kerap kencing sehingga sekarang… apabila saya sudah kencing dan selepas 30 minit saya akan rasa balik nak kencing … jika saya kurangkan minum air juga saya kerap kencing. adakah simptom ini menunjukkan saya ada penyakit? bagaimana cara saya boleh lakukan untuk elakkan kerap kencing?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Penyakit kencing manis
Terlalu banyak minum air
Masalah prostat
Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
Radang pada pundi kencing
Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya selepas punca sebenar masalah anda diketahui, barulah rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.