
Sulit
3 tahun
Kerap rasa pening dan loya waktu pagi , lepas makan dan dalan kenderaan
Hai saya nak tanya kebelakangan ini saya kerap pening dan loya tiap kali lepas makan dan dalam kenderaan lagi kuat rasa nak muntah. Saya belum datang bulan lagi adakah ini simptom nak period?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Pedih ulu hati atau GERD
- Ulser gastrik
- Gastritis
- Penyakit hempedu
- Food intolerance ; di mana badan anda tidak dapat menerima sesetengah jenis makanan
- Keracunan makanan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.