
aminuddin
5 tahun
Kerap sakit dibahagian dada sebelah kanan dan tengah
Saya lelaki berumur 47 tahun.Kebelakangan kini saya kerap mendapat sakit dibahagian dada sebelah kanan dan dibahagian tengah.Kekadang tangan disebelah kiri akan menjadi lenguh…Untuk pengetahuan Doktor,saya masih dalam proses mengurangkan berat badan dan senantiasa melakukan senaman dengan berjogging dan workout di rumah untuk tujuan tersebut…persoalannya adakah ini tanda2 penyakit jantung…Mohon pencerarahan,terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit dada bahagian tengah dan kanan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Muscle strain
- Sakit paru-paru
- Gastroesophageal acid reflux (GERD)
- Sakit jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.