
Anonymous
5 tahun
Kerap sakit tulang belakang bila berdiri atau duduk terlalu lama
saya farhana umor 28tahun…tinggi 142cm dan berat 80kg…sebelum nie pada tahun 2012/2013 saya pernah admit wad disebabkan suspek slip disc… pada masa itu saya kerap kencing dan menyebabkan ada darah dalam air kencing saya… dan bila setiap kali saya membongkokkan badan saya pon belakang saya akan jadi sakit… pada awal tahun 2019 nie sakit saya serang semula… tetapi tidak kerap kencing…pernah skali saya demam sehinggakan belakang saya terlalu sakit… saya hanya pergi klinik mendapatkan suntikan tahan sakit sahaja… dan 2bulan nie apa yang saya perasan saya da mula kerap kencing, bila terlalu lama berdiri pinggang saya akan sakit…bila terlalu lama duduk saya akan kerap nk terkencing dan sakit belakang… adakah simpton slip disc tu datang semula yew… sebab saya paling takot kalu ia berkaitan tulang…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda hadapi yaitu kerap kencing disertai sakit belakang boleh jadi timbul disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang pada pundi kencing
- Masalah otot dan struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
Masalah pada struktur ovari pada wanita/ prostat pada lelaki
Masalah pada usus
- Penyakit kencing manis
- Efek ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.