
Sulit
4 tahun
Kerap sendawa angin Serta sakit di bahagian esophagus
Saya lelaki berusia 22 tahun
Setiap Kali stress or lapar, esophagus akan rasa siksa sangat, lepastu akan sendawa angin banyak Kali, seterusnya rasa nk muntah
Tak tahu nk describe sakit dia macamana,dia bukan pedih,bukan jugak rasa panas,tapi rasa sangat menyakitkan dan Tak selesa
Dah 7 tahun kena macamni, mula2 dulu dia Tak teruk sangat,tapi Sekarang dah jd sangat teruk dan sangat2 menyakitkan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah selalu sendawa ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- GERD
- Sesetengah makanan boleh menyebabkan sendawa (Kacang, bawang, bunga kobis dan lain-lain)
- Gastritis
Sendawa merupakan kondisi yang normal berlaku. Walaubagaimanapun, sekiranya anda sendawa berterusan dan secara berlebihan, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih