
Sulit
5 tahun
Kerap sendawa,buang angin,berkahak dan sealu sakit dada sebealh kiri
saya lelaki berusia 23 tahun,mempunyai masalah kahak,kerap sendawa,kerap buang angin dan sakit dada sebelah kiri, kadang2 saya merasa ada sesuatu yg tersekat di leher saya,apa sakit yag saya alami ini iya doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda sakit dada kiri disertai sedawa dan angin boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pedih ulu hati terkait GERD dan gastritis
- Ulser perut
- angina
- serangan jantung
- perikarditis
- sakit otot dan tulang
- sakit paru-paru
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.