
Sulit
4 tahun
Kerap sendawa pedih tengah perut dan kebas sebelah kiri
Salam sejahtera. Saya baru sahaja discaj dari wad jam 1.pm 4.11.2020 . Admit didiagnos unstable agina. Pada 1.11.2020 saya ke ed kerana berasa tidak selesa di bahagian bahu kiri, dan berat ketika bernafas. Doc membuat ecg, dia cakap jantung tiada masalah, kemudian memberi ubat magnesium trisilicate mix. Pada jam 11.30 pm pada hari yang same, saya kembali ke ed disebabkan sesak nafas,degup kencang di dada dan terus admit wad. Sepanjang di wad, mereka check bp,gula dan ecg semua dlm keadaan baik, kecuali kolestrol agak tinggi. Sepanjang waktu dlm wad, perut merasa pedih,saya anggap itu hanya lapar, tp ada masa2 tertentu perut pedih smpai membuat degup kencang, sesak nafas, tegang leher dan kebas…seperti biasa ecg dan bp agak baik. Saya juga kerap sendawa tanpa henti sehingga hari ini . . . Setiap kali lapar,pedih perut, jantung ngn kebas2 jadi semula… apa masalah saya iya doktor?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda alami, tetapi siasatan lebih lanjut perlu dilakukan untuk mendapat kesimpulan yang lebih tepat. Antara penyebabnya adalah:
- stress
- asid refluks
- gastrik
- jangkitan H. pylori
- penyakit saluran jantung koronari
- serangan jantung
- saluran darah paru-paru tersumbat
- batu hempedu
- Roemheld syndrome
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.