Sulit
4 tahun
Kerisauan Mati pucuk@lemah syahwat
Saya lelaki umur 15 dan seorang bekas pengonani tegar.Saya sudah berhenti onani beberapa bulan lalu tetapi saya mendapati air mani keluar tanpa mimpi basah zakar saya terasa geli ketika tidur atau bulu kemaluan panjang,saya risau kalau itu punca mati pucuk@lemah syahwat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah mati pucuk berlaku akibat pelbagai faktor:
- Masalah pada salur darah, saraf atau hormon yang mengawal ketegangan batang zakar.
- Faktor emosi atau gangguan psikologi
- Masalah salur darah selalunya terjadi kepada mereka yang menghidap kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol serta yang menghidap masalah jantung.
- Pesakit yang mengalami kecederaan pada batang zakar atau pada tulang belakang adalah contoh penghidap mati pucuk akibat masalah saraf.
- Ubat ubatan atau kesan penyalah gunaan dadah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































