
Sulit
4 tahun
Kesakitan dibahagian zakar
2 mnggu yg lepas sy dptkan rawatan dan disahkan mendapat gonorrea. Slps diberi antibiotik sye merasa kesakitan di bahagian zakar dan buah zakar sehingga kawasan punggung sy. Dan berlaku perubahan saiz dan warna di kemaluan sy. Adakah ini kesan drpda antibiotik yg diberi

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, masalah yang dihadapi boleh disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Jangkitan kandidaisis atau kulat yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Komplikasi dari penyakit gonorea,
- Jangkitan kelamin antara lelaki dan wanita
- Iritasi kulit akibat dari sabun atau bahan-bahan alahan terhadap kulit
- Gatal pada kemaluan yang berpanjangan
- Infeksi kutu atau kuman
- Kebersihan diri yang kurang
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Untuk mengetahui apakah terdapat kaitan masalah tersebut dengan ubat yang diberikan atau berpunca dari gangguan yang lain, anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah