
Sulit
5 tahun
Kesakitan pada faraj
saya berumur 25 tahun dan sudah berkawin , sebelum ini saya ad melakukan hubungan seks bersama suami tetapi tidak pernah rasa sakit pada bahagian dalam vagina , tetapi saya dan suami sudah tidak melakukan seks sudah beberapa bulan dan baru baru ini kami ad bersama dan bahagian vagina saya rasa sakit ya amat sehingga bila saya membuang air kecil terasa pedih yg teramat. Tetapi sebelum berkahwin saya sudah terlanjur bersama orang lain , begitu juga dengan husband saya , jadi saya pelik apakah punca vagina saya terasa sakit dan pedih ? dan saya juga mengalami keputihan yang berwarna kekuningan sebelum ini keputihan saya hanya normal

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
- Radang pada saluran kencing
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.