
Sulit
4 tahun
Kesan postinor pada Kitaran haid
Isteri saya ambil postinor ketika subur,dan adakah normal kalau kelewatan haid disebabkan postinor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil perancang kecemasan seperti postinor ini berkesan dengan melambatkan ovulasi agar tiada penghasilan telur untuk disenyawakan. Ianya harus diambil secepat mungkin selepas hubungan seks tanpa perlindungan.
Keberkesanan pil ini untuk mngelakkan kehamilanadalah sebanyak 95% jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Oleh itu, sekiranya anda mengambil pil ini dengan betul, peluang untuk anda hamil adalah nipis.
Selain itu, gangguan kitaran haid biasa berlaku selepas pengambilan pil perancang kecemasan ini. Sekiranya haid anda lewat 2 minggu, saya sarankan untuk anda melakukan ujian kehamilan melalui air kencing (UPT).
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.