
Sulit
4 tahun
Kesan sampingan ubat?
Hello dr, saya wanita berusia 23 tahun, bujang dan sedang mengambil ubat yang telah di prescribe dr iaitu folic acid, vitamin b complex, iron, dan vitamin c. I am currently has iron deficiency anemia. However, after consuming almost two months this medications, I notice my menstrual cycle dah tak datang, and I’ve acne started to pop out on my chin and jawline as well as I started to feel itchy on my entire body. I hadn’t change any shampoo or body soap lately. I was wondering why is this happen since my lifestyle and food that i consume haven’t change anything and all is just the same routine as before i taken the medications. Thank you dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ubat-ubatan yang anda ambil cuma supplemen. Supplemen mengandungi bahan kimia yang terdapat dalam makanan anda secara semula jadi untuk nutrisi. Supplemen yang anda makan tidak membawa kesan sampingan haid tidak teratur atau kulit gatal. Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi boleh menyebabkan kegatalan kulit atau terma perubatannya “pruritus”. Anda digalakkan untuk makan pil ‘iron’ anda dengan vitamin C dengan makanan untuk meningkatkan kadar penyerapannya ke dalam sistem badan. Namun, jangan ambil pil iron dengan teh, kopi, susu atau ‘cereal’.
Sekiranya perkara ini berlanjutan, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor pakar wanita untuk memeriksa anda berkaitan haid tidak teratur. Kami mempunyai servis pakar wanita dalam panel doktor kami di sini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.