
Sulit
4 tahun
Kesan Ubat clomide selepas 2 bulan boleh menyebabkan upt positif ke?
Saya ada on ubat clomid pada bulan 2 . Lepas to bulan 3 sya ada lewat priod n sya cek naik double . Dan selepas 3 hari syaa period . Skrng bulan 4 sya juga ada lewat period dan sya test jugk naik double line adakah itu kesan ubat clomid ? Kesan ubat clomid still ada ke selepas 2 bulan selepas sya mkn ke ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Antara kesan sampingan ubat ini ialah
- Pembesaran ovari
- Gejala menopaus (Penat dan letih, Kurang mood,Sukar tidur, Vagina terasa kering dan sebagainya)
- Sakit perut atau pada bahagian pelvis
- Loya
- Muntah
- Penglihatan kabur
Sekiranya masalah ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan sewajarnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.