
Anonymous
2 tahun
Kesihatan tiada masalah, tapi saya mempunyai masalah kurang badan
Anak saya kuning sebab susu tak ckup. Saya amalkan susu badan campur susu formula jika anak saya tak puas menyusu. Baru2 ni 5 hari anak saya tak berak, pergi klinik pakar kanak2, dokter beri pil milk booster. Namun pil tu habis & saya try beli milk booster di luar. Malang nya tak sesuai itu ibu yang ambil suntikan perancang. Macam mana saya nak tambahkn susu badan sebab dah drop.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Antara makanan yangmungkin menambah penghasilan susu ibu:
- Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
- Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda, pucuk manis/pegaga, daun kucai
- Barli , soya, oat, susu, produk tenusu dan pil kalsium
- Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
- Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi dan mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Terima kasih.