Sulit

5 tahun

Kesukaran bernafas adakah disebabkan faktor usia/ senaman/ covid-19

sy seorang wanita berumur lingkungan 30-an (31thn). Baru2 ini sy mengalami kesukaran bernafas tetapi saya tidak pasti samada kesukaran bernafas itu disebabkan saya melakukaan senaman tanpa henti sjk minggu lepas (Isnin-Ahad) ataupun sy telah terkena jangkitan covid-19.

Untuk makluman doktor,Sy sebenarnya sedang berdiet dan hanya melakukan senaman ringan seperti jogging dan walking fast sahaja. Senaman yg sy lakukan tersebut tidak lama, hanya sekitar 30 - 60 minit saja setiap hari.

Namun, sjk akhir2 ni sy mendapati badan saya mula berasa sakit2 dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Kadangkala jika saya tidur, dan bila terbangun dari tidur kepala sy akn rasa sakit2 dan pusing. Saya juga berpeluh satu badan walaupun sedang tidur.

Apa yg menjadi kemusykilan sy adalah saya tidak ada kontak rapat dgn mana2 pesakit covid sebelum ini mahupun berada di kawasan zon merah. Jadi saya hanya mahukan kepastian samada simptom-simptom yang dialami oleh sy (seperti dinyatakan di atas) itu berpunca dari senaman yg sy lakukan ataupun ia lebih kepada simptom2 covid sebenarnya.

buat masa ni suhu badan sy masih normal. Adakah saya perlu membuat ujian saringan covid-19?

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca sesak nafas antaranya adalah:

  • Asma adalah penyakit yang disebabkan oleh alergi terhadap bahan pencetus asma. Pesakit asma mengalami masalah pembengkakan saluran pernafasan akibat terdedah kepada bahan alergi ataupun boleh berlaku disebabkan senaman.

  • Jangkitan paru-paru atau saluran pernafasan menyebabkan salur pernafasan bengkak dan paru-paru tidak dapat mengembang dengan baik sekaligusmengurangkan kadar oksigen yang masuk ke paru-paru.

  • Masalah jantung boleh menyebabkan sesak nafas

  • Kurang darah merah menyebabkan seseorang sesak nafas kerana sel darah merah membawa oksigen ke seluruh tubuh. Apabila kurangnya sel ini, paru-paru perlu bekerja lebih keras bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID memandangkan anda mempunyai simptom seperti sesak nafas. Oleh kerana itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.

Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Walaubagaimanapun, anda disarankan untuk memantau gejala COVID 19 seperti demam, batuk, kesukaran bernafas, selsema.

Untuk makluman, gejala jangkitan akan timbul dalam jangka masa 14 hari.Anda harus segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan ujian pengesahan jika anda menunjukkan simptom.

Pesakit akan mengalami simptom seperti berikut:

  1. Sakit tekak
  2. Batuk
  3. Selsema
  4. Demam
  5. Sesak nafas
  6. Sakit badan

Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:

  • Mencuci tangan dengan sabun dan air.
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
  • Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
  • Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
  • Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
  • Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
  • Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.

Anda juga boleh bercakap dengan doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal ) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Terima kasih.

483wbMKmnjCiIJDi8iEkKUYxW6gbZyC3uTV_UjKJrDZfKvPvfV9_EWXuaUsv2ObLW6lXmF0Z1gOIylOkV8WIqiA2EIRoXwydCtz1I7AYGuECuXvV3OrG7bYpTNkfAlALXZiWi6kV

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)