Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kesukaran tidur lebih 2 bulan

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 9, 2020 11:24 AM
Sulit 2 bulan

Saya berumur 38 tahun. Mulai hujung feb saya mengalami kesukaran tidur… Saya hanya dapat tidur selama 3-jam sahaja sehari… Dan ada beberapa hari saya lgsung tidak daot tidur lebih 2 jam. Perkara ini merunsingkan saya. Hujung tahun lepas saya afa alami masalah dan selalu berfikir berkenaannya. Mungkin disebabkan itu sbg 1 faktir saya tidak dpt tidur skrg. Masalah saya iru sudah selesai tetapi sy masih sukar tidur. Dan menyebabkan saya gelisah. Bgmn sy dapat atasi masalah ini

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah insomnia ini boleh diatasi dengan mengamalkan “Sleep hygiene”. Ianya adalah cara atau teknik untuk mendapatkan kualiti dan tidur yang secukupnya. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah:

  • Tidur pada masa yang sama pada setiap hari
  • Bangun tidur pada masa yang sama pada setiap hari
  • Elakkan tidur pada waktu siang terutamanya pada waktu petang
  • Tutup lampu dan pintu yang boleh menyebabkan bilik tidur menjadi terang
  • Tidur dengan kadar yang cukup, contohnya tidur 8 jam pada setiap hari
  • Gunakan katil hanya untuk tidur elakkan buat aktiviti lain di atas katil seperti belajar, membaca dan sebagainya
  • Elakkan minum minuman berkaffein seperti kopi, air berkarbonat, teh dan sebagainya terutamanya selepas waktu petang
  • Elakkan dari minum minuman beralkohol
  • Berhenti merokok atau elakkan merokok sebelum waktu tidur
  • Elakkan daripada memandang skrin komputer, televisyen atau telefon bimbit sebelum tidur kerana ia boleh merangsang melotonin
  • Bersenam selalu sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari 5 kali seminggu
  • Elakkan daripada memaksa diri untuk tidur atau segera tidur jika masih tidak mengantuk

Dengan mengamalkan “sleep hygiene”, kualiti dan durasi tidur dapat ditingkatkan dan pesakit dapat merasakan kesan positifnya.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang sesuai, punca masalah yang dihadapi haruslah diketahui dengan tepat. Untuk itu, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

girl-hair

Dikemaskini pada: Sat May 09 2020 11:24:07 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi