
Sulit
4 tahun
Ketuat kelamin pada lelaki
Saya masih remaja dan bersekolah tetapi saya ade masalah ketuat kelamin tetapi saya tak prnh melalukan sebarang hubungan… Bagaimana cara merawatnya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, platform ini adalah untuk membincangkan masalah kesihatan perubatan yang dialami oleh pasakit. Malangnya kami tidak dapat untuk memberikan cadagan rawatan atau preskripsi ubat kerana sebelum berbuat demikian, diagnosis yang tepat haruslah diperolehi terlebih dahulu.
Pertama sekali, kita harus mengenalpasti samada benarkan anda mengalami ketuat pada alat kelamin anda atau ia mungkin disebabkan penyakit lain seperti alahan pada produk pencuci, scabies pada alat kelamin, ekzema dan sebagainya. Maka, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik. Hal ini kerana, Ketuat adalah disebabkan jangkitan daripada sejenis virus iaitu human papillomavirus (HPV). Ianya boleh berlaku di pelbagai bahagian tubuh.
Kebiasaanya ketuat ini boleh sembuh dengan sendirinya. Tetapi, sekiranya anda ingin merawat ketuat di bahagian alat kelamin, adalah sangat disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor agar anda mendapatkan rawatan yang sesuai untuk anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut serta pemeriksaan dilakukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.