
Sulit
4 tahun
Ketulan/biji di areola
Saya berumur 27tahun…minggu lepas terdapat ketulan biji di kawasan areola belah kanan…saya telah berjumpa dengan doctor KK dan ianya adalah tisu bengkak…saya diberi ubat prolase tablet 10biji…kemudian beberapa hari sepatutnya adalah tarikh period saya…sampai sekarang period saya lewat 4hari…biji di areola masih ada dan tidak hilang lagi…adakah sebeb biji di areola period saya delay?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, masalah biji di areola ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Cyst / kista
Abses atau nanah
Gumpalan tisu fiber
Gumpalan tisu lemak
Keradangan tisu
Kanser payudara
Manakala masalah haid lambat boleh disebabkan oleh:
*Kehamilan
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Oleh hal yang demikian, biji di aerola puan tidak menyebabkan haid lambat.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.