
Sulit
4 tahun
Ketulan daging di buntut
sya berusia 29 tahun…sya dapati ada ketulan daging di buntut sya selepas sya membuang najis…sya dapati najis sya terlalu besar pd ketika tu…adakah itu juga di panggil buasir…macam mana sya nak hilangkam ketulan daging tersebut, ubat apa yg di saran oleh doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu ketulan daging pada dubur. Untuk makluman anda, masalah sedemikian boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, secara amnya. Antara penyebabnya ialah:
- Buasir (buasir yang berat akan disertai dengan gejala berak berdarah)
- Rectal polyp
- Rectal prolapse
- Alahan kulit - pada kain seluar atau sabun
- Trauma / luka
- Jangkitan herpes genital
- Penyakit kulit yang lain seperti (jerawat, sifilis, kankroid, dll.)
Untuk mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.