
Sulit
5 tahun
Ketulan di belakang buah zakar
Terdapat ketulan di belakang buah zakar saya sejak dari zaman remaja (skrg berumur 30 tahun) namun tidak terasa sakit. Adakah ia normal? Selepas ejakulasi, kadang-kadang buah zakar terasa sangat senak dan akan hilang selepas 4-5 jam. Apa punca masalah ini? Dan sekiranya saya ingin berjumpa doktor, apakah cara yg boleh saya lakukan?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.