Sulit
4 tahun
Ketulan di kedua2 payudara
Saya ada ketulan pada kedua2 belah payudara sy…xsakit pd waktu biasa n boleh digerak-gerak tp akan mula rs sy dan membengkak bbrp hr sebelum dtg haid…ketulan ni sebenarnya dh lm ada kt payudara sy tp sy takut nk g rujuk doktor…dan sy juga turut ada ketulan kecil kt ketiak…agak sakit jgk bila ditekan. Boleh doktor jelaskan jenis ketulan sy ni,dan adakah ianya kanser…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ketulan pada payudara anda boleh disebabkan:
- Cyst / kista - seperti “benign cystic change” yang dipengaruhi oleh hormon kitaran haid
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak (lipoma)
- Kanser payudara - jika mempunyai sejarah keluarga, umur lebih 35 tahun
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.