
Anonymous
6 tahun
Ketulan di payudara
Sy wanita berumur 27 tahun… Sudah brkahwin dan ada sorg bayi setahun dan masih bf… Ada ketulan di payudara kanan… Sudah buat ultrasound 2 kali tp xda mnunjukkan apa2 lump di breast sy… Cuba utk biopsi tp x boleh sbb lump trlalu kecil kata doc… Tp tgn belah kanan dr bahu selalu rasa sakit… Tu tanda2 cancer ke doc? Lidah juga selalu rasa pahit tanpa sebab…tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Oleh kerana anda telah menjalani ujian ultrasound dan merujuk masalah ini kepada doktor yang berkenaan, kemungkinan untuk masalah kanser adalah sangat rendah. Biasanya kesakitan bukanlah simptom biasa bagi kanser. Punca kesakitan anda mungkin disebabkan masalah kecederaan otot atau saraf.
Oleh itu, sekiranya masalah ini berlanjutan, sila rujuk kembali masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.