Sulit
5 tahun
Ketulan dibahagian faraj
saya wanita berumur 20 tahun dan ingin bertanya kepada dokter,kenapa bahagian faraj saya gatal dan air yang keluar adalah panas dan kelihatan sakit, ketulan tersebit sangatlah banyak dan membimbangkan saya,apakah ini mesti dihantar ke hospital unuk rawatan,sebab sebelum ni ada terkenaa beberapa kali selepas period
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan yang anda sedang alami pada masa ini. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mengalami keadaan seperti yang anda nyatakan di dalam ruangan soalan:
- Penjagaan bahagian sulit yang kurang bersih
- Dermatitis; menyebabkan kegatalan di bahagian kemaluan dan sekitarnya
- Kandidiasis
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan kelamin (klamidia, trichomoniasis, gonorrea)
- Sista Bartholin (Bartholin cyst)
- Lipoma
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan dan kami memerlukan lebih banyak informasi untuk memberitahu punca yang lebih spesifik. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya rawatan susulan dapat diberikan dan puncanya diketahui.
Bagi mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa kaedah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.

































