
Sulit
4 tahun
Ketulan dipangkal urat zakar
Saya ingin bertanya berkenaan ketulan diurat pangkat zakar.Jika ditekan zakar ia seperti ketulan yang keras.Yang lebih membimbangkan ketika keluar air mani ia amat susah seperti ada sekatan. Harap bantuan penerangan dari doktor,Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, benjolan di zakar boleh jadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Kelamin ( Sexually Transmitted Disease ) seperti HPV, Herpes, Klamidia, Sifilis, Gonorrhea, Trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Ketuat kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.