
Sulit
5 tahun
Ketulan lemak putih semasa period
Saya wanita berumur 22 tahun. Sedang mengalami tempoh datang bulan. Namun Hari ini, saya mengalami sakit sengugut yang amat sangat. Dan apabila diperiksa, terdapat ketulan putih besar seperti lemak di pek. Boleh saya tahu apakah itu Dan adakah ianya berbahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit sewaktu haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Primer yaitu tanpa sakit lain yang mendasari:
- Rahim yang terbalik (Retroverted uterus)
- Menstruasi yang lebih panjang, pendarahan yang terlalu banyak atau kitaran haid tidak teratur
- Kurang bersenam
- Merokok
- Berat badan berlebihan
- Banyak mengambil minuman keras
- Tekanan emosi
- Sejarah keluarga
Sekunder yaitu apabila terdapat masalah kesihatan lain yang mendasari:
- Endometriosis – tisu yang membina bahagian dalam dinding rahim (Endometrium) tumbuh pada bahagian luar rahim
- Adenomyosis – tisu endometrium tumbuh ke dalam bahagian otot rahim
- Pelvic Inflammatory Disease (PID) – Jangkitan pada rahim yang kemudiannya merepak ke seluruh pelvis
- Cervical Stenosis – laluan bukaan rahim sempit
- Fibroid – Ketumbuhan yang benign di dalam rahim. Masalah ini turut menyebabkan wanita mengalami masalah haid yang terlalu banyak, terlalu lama atau tidak teratur.
- Ketumbuhan polip di dalam rahim
- Intrauterine adhesions – Dinding dalam rahim melekat akibat proses (Scarring)
- Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) – ketumbuhan cyst pada ovari yang sering menyebabkan kemandulan dalam wanita
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.